- Semenjak 22 Febuari 2011 Perasmian Program Terapi Seramik oleh Datin Seri Saripah Zulkifli dilaksanakan, semakin berkembanglah kemahiran membuat seramik oleh Guru-guru dan para pelatih di PDK Bota. Ini semua adalah hasil dari cadangan Datin Seri sendiri yang berbesar hati memilih PDK kami sebagai satu-satunya PDK di Perak yang menerajui program ini.
- ia juga adalah merupakan hasil sokongan dan sumbangan pelbagai pihak termasuklah dari pihak BAIDURI, JPOKU, JKM, REHADA dan PDK Bota sendiri. Ini kerana peruntukkan sebanyak RM37,000 adalah suatu yang mustahil diperoleh sekiranya tanpa usaha setiap dari mereka.
- Sebelum bermulanya program terapi seramik kepada OKU, latihan asas atau permulaan kepada guru-guru telah diberikan oleh wakil pihak REHADA Ceramics sendiri iaitu Cik Hasnieda Hasanien Bay, ia adalah sebuah pusat pembangunan yang berkaitan dengan pembangunan seramik di Perak yang begitu berpengelaman dalam bidang yang diceburi. Seterusnya adalah En Shamsuri Jamaludin, beliau adalah seorang Pensyarah Bahagian Seramik di UiTM Seri Iskandar, Perak dan mempunyai pengalaman yang meluas dan telah berkhidmat di situ.
- Setelah tamat menjalani latihan tersebut maka barulah para gurunya berkelayakan untuk mengajar pelatih-pelatih di sini. Pada peringkat awal, kelas dimulakan dengan memperkenalkan apa itu tanah liat kepada pelatih. Contohnya seperti bagaimana teksturnya lembut atau keras, sejuk atau panas dan sebagainya. Ini bertujuan supaya kami dapat melihat penerimaan mereka dan jika serasi barulah ke peringkat seterusnya iaitu proses pembelajaran.
- Kelas dibahagikan kepada 2 iaitu kelas A:pelatih dewasa dan kelas B: pelatih kanak-kanak.
Kelas A : Pengenalan kepada tanah
Terapi seramik
Mempelajari teknik-teknik pembuatan seramik spt: menguli,
memicit, menggentel, melarik, slipgam dsb.
Penghasilan Produk
Kelas B : Pengenalan kepada tanah
Terapi Seramik
Mempelajari teknik-teknik pembuatan seramik spt: menguli,
memicit, menggentel, melarik, slipgam dsb. - Gelagat para pelatih ketika melakukan aktiviti seramik:



- Kelas yang ditetapkan kepada para pelatih adalah sebanyak 40 kelas, sepanjang tempoh tersebut para guru akan membuat penilaian ke atas mereka supaya dapat melihat di tahap mana kemampuan masing-masing.
Thursday, 9 May 2013
PROGRAM TERAPI SERAMIK
Subscribe to:
Comments (Atom)
