Thursday, 9 May 2013

PROGRAM TERAPI SERAMIK

 
  • Semenjak 22 Febuari 2011 Perasmian Program Terapi Seramik oleh Datin Seri Saripah Zulkifli dilaksanakan, semakin berkembanglah kemahiran membuat seramik oleh Guru-guru dan para pelatih di PDK Bota. Ini semua adalah hasil dari cadangan Datin Seri sendiri yang berbesar hati memilih PDK kami sebagai satu-satunya PDK di Perak yang menerajui program ini.
  • ia juga adalah merupakan hasil sokongan dan sumbangan pelbagai pihak termasuklah dari pihak BAIDURI, JPOKU, JKM, REHADA dan PDK Bota sendiri. Ini kerana peruntukkan sebanyak RM37,000 adalah suatu yang mustahil diperoleh sekiranya tanpa usaha setiap dari mereka.
  • Sebelum bermulanya program terapi seramik kepada OKU, latihan asas atau permulaan kepada guru-guru telah diberikan oleh wakil pihak REHADA Ceramics sendiri iaitu Cik Hasnieda Hasanien Bay, ia adalah sebuah pusat pembangunan yang berkaitan dengan pembangunan seramik di Perak yang begitu berpengelaman dalam bidang yang diceburi. Seterusnya adalah En Shamsuri Jamaludin, beliau adalah seorang Pensyarah Bahagian Seramik di UiTM Seri Iskandar, Perak dan mempunyai pengalaman yang meluas dan telah berkhidmat di situ.
  • Setelah tamat menjalani latihan tersebut maka barulah para gurunya berkelayakan untuk mengajar pelatih-pelatih di sini. Pada peringkat awal, kelas dimulakan dengan memperkenalkan apa itu tanah liat kepada pelatih. Contohnya seperti bagaimana teksturnya lembut atau keras, sejuk atau panas dan sebagainya. Ini bertujuan supaya kami dapat melihat penerimaan mereka dan jika serasi barulah ke peringkat seterusnya iaitu proses pembelajaran.
  • Kelas dibahagikan kepada 2 iaitu kelas A:pelatih dewasa dan kelas B: pelatih kanak-kanak.
                  Kelas A : Pengenalan kepada tanah
                                Terapi seramik
                                Mempelajari teknik-teknik pembuatan seramik spt: menguli,
                                memicit, menggentel, melarik, slipgam dsb.
                                Penghasilan Produk

                  Kelas B : Pengenalan kepada tanah
                                Terapi Seramik
                                Mempelajari teknik-teknik pembuatan seramik spt: menguli,
                                memicit, menggentel, melarik, slipgam dsb.
  • Gelagat para pelatih ketika melakukan aktiviti seramik:
  • Kelas yang ditetapkan kepada para pelatih adalah sebanyak 40 kelas, sepanjang tempoh tersebut para guru akan membuat penilaian ke atas mereka supaya dapat melihat di tahap mana kemampuan masing-masing.

Thursday, 26 January 2012

Sejarah Penubuhan

      RINGKASAN SEJARAH PENUBUHAN PDK BOTA
2.1.1992      :   MESYUARAT PERTAMA PENUBUHAN JK PENAJA PDK 

15.2.1992    :   LATIHAN PEMULIHAN DIJALANKAN DI KK BOTA KIRI DI
                            BAWAH
KELOLAAN 2 ORANG KAKITANGAN YAYASAN SULTAN IDRIS SHAH
                            DAN SEJUMLAH 36 0RANG KANAK – KANAK HADIR
 
10.3.1992   :    BERPINDAH KE DEWAN ORANG RAMAI BOTA KANAN
10. 5.1992  :    BERPINDAH KE BANGUNAN JKM DI PARIT
10.5.1995   :    2 PEGAWAI DIPILIH MENGIKUTI  KURSUS EIP DI UNIT PEDIATRIK HKL
                            TAKLIMAT KEPADA UNIT PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
21.12.1995 :    MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA KANAK - KANAK
                            DENGAN KERLUAN KHAS DAN KUMPULAN TINDAKAN IBUBAPA
                            PERINGKAT DAERAH DITUBUHKAN
                            J/K TINDAKAN IBUBAPA DIBAWA MELAWAT PDK ALOR PONGSU DAN
                            BETHANY HOME TELUK INTAN
                  
15.3.1999   :    MESYUARAT PENUBUHAN JK PENAJA PDK BOTA mengambil masa7 tahun )

7.4.1999     :    PENYERAHAN BANGUNAN BALAI POLIS LAMA

5.2.2001     :    PDK BOTA YANG TERLETAK  DI PEKAN BOTA KANAN MULA BEROPERASI
                            (  mengambil masa hampir 9 tahun)

Friday, 6 January 2012

Aktiviti2

Sesi perbincangan bersama ahli Panel PDK Bota (Pegawai Kesihatan, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai JKM Daerah)
 Peserta-peserta PDK (dari kiri:Hidayah,Norlailawati,Sahida dan Amamah)










Ketika melakukan aktiviti memasak di dapur (dari kiri:Nisah,Hidayah dan Maiza)  

Program

Kelas kami terdiri daripada program Aktiviti Kemahiran untuk peserta dewasa dan Program Intervensi Awal (EIP)utk kanak-kanak.
Antara program Kemahiran yang disediakan:
  • Jahitan
  • Masakan
  • Berkebun
  • Senaman & Sukan
  • Anyaman tudung saji
  • Latihan Terapi Seramik dan Pembuatan Produk
  • Program PDKNet

Program EIP pula merangkumi:
  • Latihan Motor Halus
    (Latihan untuk meningkatkan daya tumpuan serta koordinasi mata & tangan)
  • Latihan Motor Kasar
    (Latihan terhadap pergerakan badan yg lebih besar seperti tangan, badan dan kaki)
  • Sensori
    (Aktiviti yg melibatkan deria-deria anggota badan)
  • Bahasa
    (Pengenalan terhadap bentuk,warna,objek dll)
  • Permainan & Aktiviti Sosial
    (Aktiviti yg membina tahap mereka berinteraksi dengan orang dan objek sekeliling)

Tuesday, 13 December 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah lame rasenye teringin nak buat blog last-last termakbul juga harini. so inilah dia blog PDK Bota..jemput la tengok..